Kalam..
Dulu ringan rasa menulis blog. Sekarang berat je.
Kenapa rasa berat ye?
Mungkin sekarang telah sedikit perasan. Apa2 yang ditulis ini
akhirnya akan dibawa kepada diri sendiri di Hari Akhir.
Macam mana kalau kita tak buat apa yang kita tulis?
Berat.. Berat..
'O you who believe! Why do you say that which you do not do?
Most hateful it is with Allah that you say that which you do not do.'(Surah Saff 2-3)
Camna agaknya kita nk ke akhirat. Sedangkan kita bercakap2 tanpa amal. Teringat masa sekolah dulu, selalu sebut 'Al-ilmu bila amal, kassyajarah bila samar' Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.
Akhirnya apa yang tinggal.. Semuanya kalam.. kalam.. Yang akan memanggil kita semula di Sana, yang akan bersaksi bahwa kita tak melakukannya..
Takut sangat.. Ya Allah permudahkan kami melaksanakan kalam2 kami.
Dalam buku 'Maza yakni intima' Li Dakwah' Syeikh Muhammad Abduh kata, pendakwah yang tidak melaksanakan apa yang didakwahkan, tidak membawa kepada kebaikan, malah dia sendiri lah yang merosakkan islam. Kerana dia mengajak manusia kepada kebaikan, maka manusia akan melihat dia, bagaimana manusia ingin melakukan apa yang diseru sedangkan org yang menyeru tidak melakukan apa yang diseru.
Ini yang dinamakan Dakwah Bil Hal, atau Qudwah.
Hari ni ramai manusia ingin kebaikan, dan berhajat kepada pemulihan, malang sekali mereka tidak mengetahui cara2nya.
Maka, dari itu dapatlah kita lihat harini manusia2 memakai baju2 Islam is The Way of Life tetapi mereka menghabiskan masa dengan kelalaian, juga kita dapat melihat manusia bersemangat utk membina negara Islam, tapi mereka tidak mendirikan Islam dalam diri mereka, solat tidak di masjid2, quran tertinggal di rak2, dan Islam tertinggal di kad2 pengenalan. Sedihnya.
Ya Allah selamatkan kami dari fitnah lidah Ya Rabb..
Akhirnya,
Teringat kata2 Hasan Al-Banna
'Haza kalam laisa kalimat turak, lakin ta3limat tanfiz'
Maksudnya kalau tak silaplah, kalau nk lagi betul kene tanya org lagi mantap arab..
'Kata2 ini byukanlah hanya perkataan yang bergerak2, tetapi adalah sebuah pengajaran untuk dilaksanakan'
Moga bermanfaat. Moga terlaksana. Pesan pada diri.

0 comments:
Post a Comment