Bismillah
Setiap manusia ada humum(concern/perhatian). Seorang manusia mempunyai tahap2 dan peringkat2 kehidupan yang mengajar dirinya dan menjadikan dirinya seperti diri yang sekarang. Dan dalam setiap tahap tersebut ada sahaja yg dipelajari.
Tapi dari mana kita hendak tahu di manakah diletakkan humum kita?
Kita boleh tahu perkara ini dengan melihat kepada apa yg kita bicarakan.
Seorang yg concern dengan bola akan sibuk dengan bola, masalahnya adalah bila Chelsea kalah lawan bola dengan Arsenal, seminggu tak mahu cakap dengan org dek sedih pasukan favourite kalah. Malah ada yg bunuh diri kerana pasukan pilihannya kalah.
Seorang yg humumnya adalah pelajaran, akan berbincang soal pelajaran dengan sahabat2 slalu, masa2nya dihabiskan lebih pada pembelajaran dan mentelaah pelajaran. Target hanyalah mumtaz semata.
Dan seorang yg humumnya adalah Islam dan umatnya, dia akan bicara soal umat. Dia akan menangis melihat masalah umat, dia akan gembira melihat asatizah2 yg diharapkan membantu umat, dia akan cuba menjadi Generasi Harapan (Jil Nasr Mansyud) dan dia akan cuba mencetak generasi harapan.
Alangkah indahnya jikalau humum kita adalah Islam dan seruan kepadanya.
Syed Qutb dalam Tafsir Zilal-Quran Surah Al-Asr mengatakan tanpa manhaj hidup Islam, hidup kita adalah sia2. Tanpa berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran tiada nilai hidup kita.
Berkongsi kisah , diambil dari blog Us Zaizul Zaman.Suatu hari di zaman tabiin, seperti hari-hari biasa, mereka berbicara mengenai kecintaan kepada Allah (mahabbatullah). Masing2 meluahkan pandangan mereka mengenai kasih dan cinta kepada al-khaliq. Tiba giliran seorang lelaki paling muda antara mereka, pabila ditanya pendapatnya menngenai kecintaan kepada Allah,lelaki itu diam sejenak, pandangannya ditundukkan dan air matanya mula bergenang. Beberapa ketika, dia mengangkat wajahnya seraya bermadah dengan suara yang tersekat2 menahan sendu...
عبد ذاهب عن نفسه
متصل بذكر ربه
قائم بأداء حقه
ناظر في قلبه
وإن تكلم فبالله
وإن نطق فعن الله
وإن تحرك فبأمر الله
وإن سكن فمع الله
فهو بالله لله مع الله
Seorang hamba pergi meninggalkan nafsunya,
Sentiasa terikat dengan zikr tuhannya,
Sentiasa segera menunaikan hak-hak-Nya,
yang melihat tuhannya melalui hatinya.
Jika dia bercakap, maka dengan Allah, (dgn nama Allah)
jika dia berkata-kata, perkataannya hanya tentang Allah,
jika dia bergerak hanyasanya dengan perintah Allah
dan jika dia berdiam diri, dia tetap bersama Allah.
Maka jadilah dirinya dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah.
Maka bergenang air mata setiap yang hadir mendengar madah lelaki tadi. Hati mereka semakin cinta, sayang dan rindu untuk berjumpa Tuhan mereka. Lelaki itulah seorang pemuda yang terkenal dengan kezuhudannya, Abu al-Qasim al-Junaid al-Baghdadi.
Allahu Rabbi, jgn lalaikan kami Ya Allah. Mudah sangat mengeluarkan peringatan utk diri sendiri tapi susah sangat melaksanakan. Ya Allah, jagalah hati2 kami supaya dapat melaksanakan kalam2 kami. Amin.
Monday, November 15, 2010
Kita Adalah Apa Yang Kita Sibukkan.
Posted by namia91 at 11:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
hammuka qadri 'ala ma ahammuk!
(^_^)
jazakAllahu khairan kathira syeikh!
banglang perlu lebih kerap menulis.. hehe.. kami menagih ilmu2 tarbiyah Mesir!
Alhamdulillah jika humum atau keutamaan kita adalah Islam dan seruan kepadanya maka banglang perlu meletakkan keutamaan menulis semula jika tidak satu perkara yang diperoleh di sana setiap jumaat yang mulia maka berazam untuk menulis sekurang2nya setiap jumaat ke-4 atau terakhir setiap bulan satu perkara yang telah dipelajari dalam bulan semasa untuk dikongsi bersama kami ahli bait bglg yang ketandusan ilmu. Dengan perkongsian ilmu itu di sini bukan saja kami ahli bait bglg boleh memperoleh manfaat tetapi juga mungkin ada yg lain yg secara sengaja atau tidak melayari blog ini dapat memperoleh jika tidak banyak pun secebis manfaat darinya. Sekali tulis sebaris tanpa syarah memadai berbanding menyimpat ilmu yg banyak di dada tanpa menulisnya semula. Kata Imam Ghazali ilmu yang bermanfaat diikat dengan penulisan.
Salam,
Syukran kepada Along dan Ummi.
Kadang2 Bglang terasa berat la nk tulis, bukan sbb malas sangat, tapi sbb takut tulis bertimbun2, tapi tak terbuat.
(^^,).. Tapi bglang da tulis satu post utk bulan ni. Ikut mcm umi kata. Bglang cuba.
Salam rindu dari Republik Arab Mesir.
Post a Comment