CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, September 26, 2009

Maza Ba'da Ramadhan??

Terngiang2 kata2 khatib ketika solat jumaat minggu lepas... Semasa masih berada dalam Ramadhan.. Katanya 'Maza ba'da Ramadhan?' di ulang sampai 3kali.. dan diulas.. Walaupon antara faham dan tidak..

Kalau kita beramal utk Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan datang dan pergi...
Tapi, kalau kita beramal kepada Allah, nescaya Allah itu kekal dan sepatutnya amal kita tetap ada..

Tak wajar seberlalunya Ramadhan, Quran dibiarkan terpelosok di atas rak yg paling tinggi di dalam stor jauh nun di bawah tangga menanti untuk diambil semula dan di bersihkan habuk-habuknya serta dijunjung setinggi2nya setiba Ramadhan yg kemudiannya...

Tak wajar juga kita bangun Qiamullail hampir setiap malam pada malam2 Ramadhan mengikut anjuran Rasulullah 'Man Qoma Ramadhan imanan wahtisaban...(ila akhir hadis), dan sehabis sahaja Ramadhan kita teruskan mimpi di atas tilam2 yg empuk kononnya berehat panjang utk bersedia utk qiam pada Ramadhan2 yg akan datang..

Lebih tak wajar kita menyimpan duit2 kita di dalam bank2 konvensional atau di dalam peti2 besi selepas menderma sedikit sebanyak ketika Ramadhan utk 'Maidah Ar-Rahman' atau dengan kata lainnya menyediakan makanan utk org miskin dan lain2 dengan alasan kerna memuliakan hadis 'Man Fatoro Soiman....(ila akhir hadis)'...

Sahabat Yang dikasihi,

Seorang ikhwah mengibaratkan Ramadhan dalam sebuah kisah...

Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda yg tinggal di sebuah kampung.. Dalam kehidupannya, dia beramal dengan agama islam sekadarnya sahaja dan tidak berapa taat dalam beragama.. Dia melalui hari2nya sebagai seorang pemuda biasa, dan menjalani hari2 sebagai seorg yg biasa dengan kehidupan yg biasa..

Sehinggalah pada satu hari, datang seorg wanita berhijrah ke kampungnya, wanita yg tersangatlah cantiknya, membuat pemuda ini sangat la terpikat dengan wanita ini.. Wanita ini juga merupakan seorang yg tersangat lah baiknya... Pemuda ni cuba merapati wanita sedikit demi sedikit ni.. Dan bila cam da bole rapat sket, perempuan ni semakin mentarbiyah lelaki ini dengan ajaran islam yg btol.. Kemudian lelaki ini menjadi seorg pemuda yg beramal dengan agama.. Kira da jadi baik la..

Pada suatu hari yg tiba2, wanita ini ingin berhijrah ke suatu tempat yg jauh dan mungkin tidak akan pulang semula ke kampung tersebut utk satu tempoh yg panjang...

Sekiranya anda menjadi lelaki tersebut, apa yg anda lakukan? Adakah anda akan tinggalkan semua amal2 anda tadi? Maka anda bersamna golongan yg rugi.. Atau anda teros dengan amal anda? Maka anda dalam golongan yg beruntung..

Gadis itu diibaratkan sbg bulan Ramadhan dalam cerita ini, mungkin bukan kias atau analogi yg paling tepat cuma ingin diambil pengajaran yg boleh la...

Semoga selepas2 ni.. Kita semua(termasuk diri sendiri la..) mampu beramal sebagaimana kita beramal pada Ramadhan yg telah berlalu.. Sehingga kita berjumpa Ramadhan yg akan datang.. Dengan itu, ternyata kita telah lulus sbg graduan dalam madrasah Ramadhan! Tp kalau blom, ternyata kita masih perlu muhasabah kan.. Sama la kita.. (-_-)

0 comments: