Sesungguhnya hati yang kotor itu perlukan ubat.. Ya Allah bersihkan lah hati2 kami.. Wahai yang Membolak-balikkan hati2, tetapkanlah hati lemah kami pada jalan agamaMu..
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh”.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.
Sabda Rasulullah saw lagi: “janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakkan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati”.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang-orang yang soleh) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat”.
Berkata seorang hukama, “Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya.” Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?” lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu (mengingati Allah).”
Monday, June 15, 2009
Ubat Hati..
Posted by namia91 at 7:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
Rabbana zholamna anfusana, wa illam taghfirlana lanakunanna minal khathirin..
faghfirli ya Allah..
Post a Comment