Dengan Nama Tuhan Kaabah...
Allah yg menjadikan langit dan bumi..
Tabahkan hati insan yg lemah..
Balutlah hati ini dengan iman..
Aku lemah dari kebenaranmu..
Kuatkanlah aku..
Aku takut menghadapi ujianmu..
Gagahilah aku..
Aku kecewa disiat duka...
Titipkan kesabaran bagiku...
Dan sekarang aku teruja..
Bila kusedar ini jalanmu..
Utk memberi peluang bagi aku yg tersasar...
Syukur Alhamdulillah...
Hati itu tidak bersalah..
tak tegar menyalahkan sesiapa..
Tidak sesekali dihalang niat yg mulia..
Agar berkembang mewangi menjadi realiti..
Hati ini menerima..
Redha dengan ujian ini..
Semoga redha ini akan mengundang redha Illahi...
Berundurlah..
Jika itu terbaik buat izzahmu...
Ingatlah kata2 hikmat ini..
'Al-izzah lil islam, al-izzah bil islam'...
Lantas tak disanggupi,
menuruti kata2mu seorg permaisuri hati,
yg membesarkan sejak kecil...
Kerna hati itu telah bertekad..
Dan hati ini tidak ingin mematahkan tekad mulia..
Hanya demi kepentingan diri mencari bidadari dunia..
Lalu dipasang azam..
diteguhkan dan dikobarkan..
biarlah hati ini dibersihkan dulu..
Jika benar ingin berjuang tuju firdausi..
Biarlah bidadari datang sendiri..
Kalau ditakdir ada satu untukku...
Pada catatan daun di Loh Mahfuz..
Dan kalau tiada bagiku..
Tiada kudrat ku melawan takdirMu..
Maka tinggallah bagiku Allah dan Rasul..
Agar ku berjumpa.. Bidadari Kaca kelak..
Di firdausi...
Biarkan..
Sementara aku menuju misi..
Menjadi dan bukan hanya mencari..
Sungguh...
berkata2 tidak semudah melaksana...
Ya Muqollibal qulub..
Tsabatkanlah hatiku di atas jalan lurusmu...
Semoga kata2 tidak tinggal kata2..
Disertai dengan praktikal...
Disusuri dengan RedhaNya...
Terima Kasih permaisuriku..
Tiada lelah berkorban sedari kecil...
Kini kuberani melawan nasihatmu..
Mengatakan ini peluang dari langit..
Peluang dari Illahi..
Terima Kasih permaisuriku...
Kerana akhirnya memahami..
Bahawa aku sudah matang..
dalam dunia kotor ini...
Dan aku ingin membersihkan hatiku..
Terima Kasih permaisuriku..
Tiadalah layak pujianmu bagiku..
Kerna hanya itu yg kumampu..
Tak mampu mencabar Qudwahmu..
Yg menanggung 10-sekluarga ini,
dengan penuh asa dan usaha..
Tidak juga menghampiri kaliber saudara besarku..
Si pemberi teladan.. Yg juga di perantauan..
Bukan aku lelah,
Tidak sesekali putus asa,
Apatah lagi hilang percaya,
Tiadalah melainkan aku ingin hidup baru..
Semoga martabat hidup kian meningkat..
Semoga darjat diri bertambah tingkat..
Semoga taqwa di hati likat disumbat..
Menjadi benteng si nafsu sesat..
Menjadi pagar bisikan setan yg sentiasa dekat..
Menjadi jauh dari maksiat...
Doaku, agar lahir seorg rijal kental dari ujian ini... Ameen..
Dan, selama ini aku berpandangan..
Bahawa aku telah menjaga diri dengan sebaik2nya.. Nyatalah aku silap.. Syukur, ditabahkan hati ini.. Sekarang, aku merasa bebas..
Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, lalu ia menghalangi mereeka dari jalan (Allah), padahal mereka adalah orang-orang berpandangan tajam..
Tuesday, May 12, 2009
SeKelat Madu Dunia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
semoga terus tsabat di atas jalanNya.. amin..
dan ingatlah, Dia tidak pernah menjanjikan jalan yang mudah untuk mendapatkan syurgaNya, sedangkan syurgaNya adalah sebaik-baik ni'mat..
maka tetaplah kamu pada jalan yang membawa dirimu ke arahnya.. biarpun beribu-ribu halangan di atas jalannya..
syurga itu terlalu indah untuk diperolehi dengan mudah..
salam alaik.
moga tsabat, tetaplah pada janjiNya.
jg diri, iman, amal.
wassalam.
apa lagi yg dapat ummi katakan, bangga dgnmu, moga terus tsabat di atas jalanNya. Bangga dengan rijal yg ingin berpaut pada hati yang kental untuk terus memperjuangkan risalah dan ijazah, bukan mudah tetapi pasti dgn semangat juangmu dan rahmat serta petunjukNya kemenangan semakin menghampirimu.
salam rindu buatmu
uMMi
Post a Comment