CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 4, 2009

~Ingatkan Daku~

'Ingatkan Daku'.. Teringat pada seorg sahabat yg dulu pernah menegur diri ini.. Atas sbb dilihat diri ini mungkin keterlaluan ketika itu.. Terima kasih sahabat.. Dan sekadar ingin berkongsi kisah yg diceritakan oleh sahabat tersebut..

`Atikah bt Zaid adalah seorang wanita yang jelita, bijak, serta pandai bersyair. Beliau adalah isteri kepada Abdullah b Abu Bakar. Kecantikan dan kebolehannya bersyi-ir telah melalaikan suaminya untuk keluar berniaga dan juga beribadah.

Pada suatu hari Jumaat, Abu Bakar telah melintasi rumah mereka dan mendapati Abdullah masih bersama isterinya di bilik. Semasa pulang pun Abu Bakar mendapati mereka masih bergurau senda di bilik, lalu Abu Bakar menegur anaknya, "Wahai Abdullah! Apakah kamu mahu menjamakkan kesemua solatmu?"

"Apakah Solat Jumaat telah selesai?", tanya Abdullah.

Jawab Abu Bakar, "Apa kena dengan kamu? Perniagaan telah kamu lumpuhkan dan sekarang kamu tinggalkan pula agamamu. Kau ceraikan sahaja perempuan ini."

Abdullah pun menceraikan isterinya, `Atikah.

Selang beberapa waktu, Abdullah pun merintih kerana terlalu merindui bekas isterinya. Kerana perasaan simpati, Abu Bakar mengizinkan anaknya merujuk kembali. Abdullah telah menghadiahkan `Atikah sebidang kebun dengan syarat `Atikah tidak boleh berkahwin lagi selepasnya. Namun setelah Abdullah meninggal, datanglah Umar b. Al Khattab meminangnya.

Hal ini amat membingungkan `Atikah lalu ditolaknya lamaran itu selagi belum ada fatwa yang jelas mengenainya. Berkata Ali b. Abi Talib, "Kembalikan kebun itu kepada keluarganya dan kau boleh berkahwin lagi." Berdasarkan fatwa Ali maka `Atikah pun berkahwin dengan Umar. Setelah Umar meninggal, `Atikah berkahwin pula dengan Zubair b. Awwan. Selepas Zubair, datang pula Ali.

Kali ini `Atikah menolaknya seraya berkata, "Semua suamiku sebelum ini mati terbunuh, aku khuatir ia juga akan berlaku ke atas dirimu."

Lalu Ali pun berseru, "Sesiapa yang ingin mati syahid maka berkahwinlah dengan `Atikah."


Point yg ingin dikupas di sini bukanlah perihal atikah yg bersuami 4syuhada'.. Namun, perihal ketegasan abu bakr dalam menajaga agama anaknya..

Difahamkan Atikah juga seorg yg punyai pekerti yg baik.. Namun kesilapannya melalaikan Abdullah Ibn Abbu Bakr merupakan suatu yg dipandang serius oleh bapa mentuanya, Abu Bakr(R.A).. Abdullah juga dengan rela meninggalkan seorg yg begitu beliau cintai kerana kepentingan agamanya.. Ini sangat2 patut dicontohi oleh umat sekarang..

Muhasabah Diri
Kalau kita sekarang.. Jangankan isteri.. Kadang2 kawan sahaja pon sudah bisa melalaikan n melekakan.. Batasan pergaulan yg tidak dijaga menyebabkan kita lalai dan leka dan alpa..

Ya Allah, kuatkan diri hamba mu ini,
Hiasi diri dengan iman n taqwa,
Agar diri tak tergoda setan,
Agar hati tak diganggu gugat nafsu,
Agar jiwa tak dibaluti maksiat semata..

2 comments:

asrar said...

salam alaik.

tidak akan bersabar nafsu dengan keinginan dunia melainkan org yg ada dalam hatinya apa yg mnyibukkannya dgn urusan akhirat (abu sulaiman ad-darani) -again-

jg hubungan dgn Allah, dgn manusia.

jg diri, iman, amal.

wassalam.

Aiman said...

Wassalam,

syukran... semoga ingatan ini terkesan pada diri dan jua yg laen..

Wassalam