Salam alayk..
Ummi.. susah sangat bglang nk communicate ngan ummi dari sini.. bglang letak kat sini jaalaa ye.. Ni bglang letak jadual bglang kat sini..
Bglang start kuliah hari sabtu.. sampai ari khamis.. Jumaat cuti..
Sabtu
9-12 : Practical Anatomy n Biology..
12-2 : Practical Physiology..
2-5 : Practical Histology..
Ahad
8-10 : Anatomy
10-12 : Histology
12-2 : Religion N Ethics
2-4 : Practical BioChemistry
4-5 : Practical Computer
Isnin
8-9 : Anatomy
9-11 : BioChemistry
11-1 : Islamic Juruspudence.. (Tak ingat eja camne)
1-2 : Al-Quran Karim
2-5 : Practical Anatomy
Selasa
8-10 : BioChemistry
10-12 : Physiology
12-1 : Computer Science
1-2 : Practical Comp Science
Rabu
8-10 : Physiology
10-12 : BioChemistry
12-1 : English
Khamis
8-9 : Physiology
9-11 : Anatomy
11-1 : English
2 jaa kot yg bole bglang titipkan buat warkah kali ini.. Uhibbuki fillah abadan abada.. Ummi comes first.. Doakan stady bglang ye.. Umi jadi ke datang nnt??
Bglang takmo ganggu umi kot ym sbb taktau waktu kat sane kol brape.. Lagipon umi busy ngan PhD umi lagi.. So, bglang arap umi baca laa ye... Moga PhD umi dapat siap by due date.. dengan berkat pengorbanan seorang umi berteras islam bersemangat jihad, InsyaAllah Allah akan perudahkan tugas mu,Ratu Hatiku...
Jaga diri iman amal.. Jaga abah n adeq-beradeq yg laen skali.. Syukran kerna jaga bglang slama ni.. Buat masa nih, biarlah Allah yg menjaga bglang.. Thx kerna mentarbiyah dengan dasar iman...
Wassalam
Tuesday, October 28, 2008
Warkah untuk Ummi..
Posted by namia91 at 8:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
di sini ku kirimkan selembar warkah.. warkah dari sisi bahtera perjuangan .. buat adikku.. mujahid dakwah.. semoga selamat tiba di tangannya dalam kobaran semangat perjuangan seisi bahtera.. amin..
Salam bglg. Ada bbrp kali ummi dpt miss call bglg tp susah nak connect line ke sana atau mgkn krn ummi pakai line digi yg diredirect ke Malaysia kemudian baru ke Mesir.
Minggu lepas Ummi tak banyak masa dan peluang jumpa abah along dan adik2. Alhamdulillah minggu ini Allah permudahkan. Jadi ummi nanti akan cuba pinjam hp along atau guna prepaid yg kat sini utk call bglg. Umi cuba malam nanti, sekarang ni bglg mgkn tgh tidor kot.
InsyaAllah segalanya pasti ada hikmahnya. Mungkin takdir menentukan kita bertemu semula di sini, dah banyak kali ummi log in ke sini tapi tak ade post baru dari bglg, hari ini alhamdulillah saje je ummi masuk tengok2 ada pos specifically utk umi lak tu.
Bglg jgn risau ttg study umi, perjuangan kita comes first which means you n your brothers, sister, father comes first. Apapun, tak mungkin umi korbankan family kita kerana itulah bahtera yg kita bina bersama menuju ke alam hakiki biarpun bahtera (bak kata analogi along) kita amat rapuh insyaAllah dgn masa, tarbiyyah dan kesungguhan pasti Allah tidak akan mengecewakan harapan kita bersama.
Akhir kata dari ummi buat ingatan kita bersama:
Kadangkala kita mohon setangkai bunga segar, tetapi Allah perkenankan kaktus berduri.
Kadangkala kita ingin melihat dan menyentuh kupu-kupu indah, tetapi Allah datangkan ulat berbulu.
Kita jadi sedih dan kecewa. Namun Maha Mengetahui lagi Mengasihani, tiba saat dan ketika yg Dia jua Maha Mengetahui, kaktus itu pun berbunga indah sekali dan ulat berbulu itu pun menjadi kupu2 indah.
Itulah jalan Allah. Indah pada masanya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Ia kurniakan apa yang kita perlukan.
Kadangkala kita sedih, terluka dan kecewa. Tapi jauh di atas segalanya, Ia sedang mengatur yang terbaik untuk kita. Dengannya insyaAllah sama2 kita dapat menggerakkan bahtera yang sekian lama tersadai. Salam perjuangan penuh rindu kasih dan sayang buatmu mujahidku...
Lupa jawab dan komen bbrp perkara:
I.A. jadi. Doakan Ummi siap paper dan dapat kelulusan VC (Vice Canselor). Ummi sdg membaca utk dapatkan ilham dan kefahaman utk menulis paper yg due 30.11.08 bg membolehkan Ummi ke sana atas urusan membentangkan kertas kerja di Persidangan E-Activities. Dah ada 4 m/s. Perlu dalam 6 m/s lagi. Topiknya agak sukar pada ummi yg baru pertama kali aplikasikan kaedah ini. Tu sebab macam tak sure je samada boleh siapkan paper yg dirancang sejak awal tahun lagi. Tapi takpe, Ummi dah telan double dose supplement untuk bagi tak mengantuk dan 2 sudu madu. Kalau tak dapat bertahan juga sebelum due date Ummi dah standby kopi pahit. (Bglg jgn lak ikut cara Ummi buat assignment last minute..well...nak kata last minute actually tak juga. Cuma kali ini agak sukar sebab kena menulis perkara baru...belum biasa dgn kaedahnya)
Tentang jadual bglg tu Ummi dapat rasakan kepenatan dengan skedul yg begitu hectic. Ummi dulu masa buat first degree tak pernah rasanya ambil sampai 9 subjek dalam satu sem. Tapi bglg tak usah bimbang. Bglg anggap bglg hanya ambil 6 subjek krn 3 daripada subjek yg bglg ambil tu ialah subjek wajib bagi semua muslim, cumanya Bglg amat beruntung kerana subjek2 tersebut dimasukkan dalam sukatan pelajaran untuk diberi kredit malah ada sistem penilaian yg memantau dan memastikan bglg tidak lalai dgn ilmu dunia ttp tetap selari istiqomah mempelajari ilmu yg akan membawa kita kepadaNya.
Doa Ummi tetap bersamamu. Setiap langkahmu bergerak menuntut ilmu dalam perjuangan mencari redaNya, pasti Dia meletakkan pelbagai ujian dan rintangan untuk mengujimu sebelum layak digelar mujahid. Kuatkan semangat, bulatkan azam, berdoa meminta mengharap hanya pdNya kerana Dia tak mungkin mengecewakan hambaNya. Ya Allah, kurniakanlah kami fahaman nabi2 dan hafalan para rasul serta mendapat ilham daripada para malaikat yg hampir denganMu, kurniakanlah kami kesihatan wahai yang Maha Mengasihani. Amin ya rabbal alamin.
Post a Comment